Soalan Lazim

Soalan-soalan yang selalu ditanyakan berkenaan ibadah aqiqah dan korban

Korban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. 

 

Aqiqah bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu dengan tujuan tanda syukur kita di atas kelahiran anak.

Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah;

 

Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.

 

Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.

 

Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

 

 1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.

 2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk
      tahun ke 3.

 3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau
      telah bersalin gigi.

 4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Afdhalnya dilakukan di tempat sendiri tetapi hukumnya harus juga dilakukan di luar negara.

Bilangan yang afdhal bagi anak lelaki adalah dua ekor kambing atau 2 bahagian unta/ lembu. Namun boleh diaqiqah dengan hanya seekor. Untuk anak perempuan hanya seekor kambing atau satu bahagian unta/ lembu sahaja.

Ini kerana Mekah al-Mukarramah tempat yang paling dekat di hati umat Islam, dan tanah yang paling suci dan barakah di dunia.

Daging tersebut akan diagihkan kepada penduduk miskin di sekitar Mekah.

Ya, boleh hukumnya harus.