Aqiqah dan Korban di Mekah

Maksud Aqiqah

Maksud Aqiqah. Perkataan Aqiqah (العقيقة) berasal daripada al-‘aqqu  (al-‘aqqu), dan dari segi bahasa bermaksud potong.  Pada asalnya , aqiqah ialah nama bagi rambut bayi ketika lahir. Rambut tersebut dinamakan demikian kerana ia dicukur atau dipotong. Adakalanya ibu ayah tidak memahami maksud aqiqah sebagaimana yang dikehendaki agama.

Aqiqah dari segi syarak ialah binatang yang disembelih sempena rambut bayi dicukur.  Sembelihan tersebut dinamakan aqiqah  kerana ia dipotong dan dilapah. Justeru perkataan aqiqah itu sunat disebut ‘ibadat aqiqah’ atau sembelihan aqiqah.

Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud:

Rasulullah saw ditanya tentang perkataan aqiqah. Baginda saw bersabda: “Allah swt tidak suka perkataan ‘al-uquq’ (الغقوق) yang bermaksud derhaka”

Hadis tersebut seolah-olah menunjukkan Nabi saw tidak suka sebutan ‘aqiqah’ sahaja kerana ia juga seerti dengan ‘al-‘uquq’ yang bermaksud derhaka.

Seterusnya Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya maka lakukanlah ibadat aqiqah”

Maksud Aqiqah Dalam Masyarakat

Adakalanya pengertian aqiqah dalam kalangan masyarakat amat berbeza dengan pengertian aqiqah dalam agama. Aqiqah bukan semat-mata adat atau acara makan daging kambing yang lembut enak, Malahan ia adalah ibadah sunnah yang besar ganjarannya. Terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang mudah nilai aqiqah sehingga mereka menganggap aqiqah hanya adat ritual orang melayu sahaja. Ada juga yang terlalu rumit memikirkannya hingga menyusahkan seperti mesti buat besar–besaran, mesti ada acara berzanji, marhaban dan memanggil DJ yang melibatkan kos tambahan. Walaupun perkara itu baik tetapi ia bukan dari ketetapan dalam melaksanakan aqiqah, akhirnya tidak dilaksanakan. Aqiqah cukup dengan menyembelih seekor kambing, dimasak dan diagihkan. Tidak perlu majlis besar jika kita tidak mampu. Sunnah dan ciri terpentingnya adalah menyembelih kambing, itu yang terpenting yang perlu difahami terutama jika bajet menjadi masalah.

Jika Tidak Mampu?

Jika tidak mampu juga boleh beraqiqah dengan kami di Mekah dengan kos yang lebih rendah. Walaupun bukan yang afdhal tetapi maksud aqiqah in sya Allah tercapai.

Laksanakan ibadat aqiqah dan dapatkan sijil khat eksklusif Tulisan Tangan di:

www.aqiqahmekah2u.com

Kenali kami di https://aqiqahmekah2u.com/tentang-kami/

rujukan: Fiqh Minhaji, Syaikh Dr. Mustafa al-Khin et. al

Hubungi kami